Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Pada 25 Mac 2015 yang lalu, para pelajar semester 6 Fakulti Farmasi telah mengadakan Poster Day PHC526. Aktiviti ini telah diadakan di kedua-dua bilik aktiviti pelajar di Fakulti Farmasi.
Poster Day PHC526 ini dijalankan dalam bentuk pameran yang dibentangkan sendiri oleh pelajar-pelajar farmasi tersebut. Pelbagai info yang telah dipamerkan antaranya ialah 'Nicotine Replacement Therapy', 'Sunburn, 'Head Lice' dan 'Weight Management'. Info- info ini sememangnya sangat berguna dan dapat memberi kesedaran kepada pengunjung yang hadir yang sudah tentunya para pensyarah serta pelajar farmasi sendiri. Untuk memeriahkan lagi Poster Day tersebut, kuiz juga diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang. Akhir kata, program ini sangat memberi manfaat kepada seluruh pelajar farmasi dan harap akan diadakan lagi pada masa akan datang. Sekalung tahniah diucapkan.
sekian..
0 comments:
Post a Comment