Orientasi Nostalgia 2014

Diadakan setiap tahun bagi meraikan kedatangan junior-junior part 1. Selamat datang dan tahniah!

Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Thursday, May 29, 2014

MAHABBAH FIL ISLAM (MAFIS) 2014


Assalamu'alaikum dan salam sejahtera. :)


Pada 21 dan 22 Mei 2014 telah berlangsungnya MAFIS yang telah dianjurkan oleh Biro Kerohanian SOPHYS bertemakan ‘Productive Muslim, Excellent Pharmacist’. Terdapat beberapa pertandingan yang diadakan khas untuk pelajar fakulti farmasi, antaranya ialah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Mencipta Komik Pendek dan Pertandingan Kaligrafi Khat.
Penyertaan MAFIS Challenge ini telah dibuka dari 30 April 2014 – 18 Mei 2014.







Pemenang setiap pertandingan telah diumumkan selepas ceramah daripada Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir yang bertajuk ‘Solat dan Produktiviti’ yang bertempat di DK500 pada 21 Mei 2014 dari pukul 2.30 petang - 5.00petang.


Pengacara Majlis
 
Pembaca Doa

Bacaan asmaul husna dan nyanyian lagu UiTM

Al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir



Berikut merupakan nama pemenang beserta karya masing-masing :

Pertandingan Fotografi


 1. Tempat Pertama 

Nor Aishah binti Ishak                                                           



















2. Tempat Kedua

Zulkefli bin Mohammad












3. Tempat Ketiga

Aqilah Hasanah binti Mohd Amin














4. Saguhati 

Fatin Nasuha binti Azizi














5. Saguhati 

Farah Nadia binti Sulaiman












Pertandingan Mencipta Komik Pendek


1. Tempat Pertama 

Abdul Rasyid bin Zulkifli




2. Tempat Kedua 

Mastria bin Mohamed













3. Tempat Ketiga 

Aliya Farhah binti Asri







4. Saguhati 

Nur Fairuz binti Ahmad Sapian














5. Saguhati 

Nurazalia binti Ahmad Khair













Pertandingan Kaligrafi Khat

1. Tempat Pertama 

Nur Hidayah binti Zakaria



















2. Tempat Kedua 

Mufidah Haikal binti Mahamud



















3. Tempat Ketiga 

Mardhiah binti Muhsin
















4. Saguhati 

Mohamad Aidil bin Tumpang















5. Saguhati 

Nur Alia binti Mohd Abdul Musthalib















Seterusnya, pada keesokan hari iaitu 22 Mei 2014 pula, ahli biro kerohanian SOPHYS telah ‘spread the love’ dengan mengedar lollipop beserta nota kecil kepada pelajar-pelajar di sekitar bilik aktiviti pelajar di fakulti. Berikut merupakan contoh-contohnya :








Diharap lebih banyak penyertaan daripada pelajar dan aktiviti olehh pihak penganjur pada MAFIS akan datang. Sekian.

Wednesday, May 28, 2014

PUBLIC HEALTH PHARMACY CARNIVAL 2014



Pada Sabtu, 17 Mei 2014 yang lalu, pelajar semester 6 Fakulti Farmasi telah menganjurkan Public Health Pharmacy Carnival (PHPC) yang telah berlangsung di Kampung Jaya Setia, Ijok, Kuala Selangor dari pukul 7.30pagi - 11.00 malam. 

Pada awal pagi hari tersebut, program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh sebahagian daripada penduduk kampung dan peserta. Program ini kemudiannya diteruskan lagi dengan majlis perasmian dan sepatutnya dirasmikan oleh Prof. Dr. Aishah Adam, Dekan Fakulti Farmasi, tetapi beliau tidak dapat menghadirkan diri lalu telah diganti oleh Dr Mizaton Hazizul Hasan.
























Sebaik sahaja riben merah digunting, bermulalah aktiviti pharmacy2u. Pharmacy2u ialah satu aktiviti di mana sebahagian pelajar semester 6 dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki pergi ke rumah-rumah penduduk yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa kampung untuk memberikan sesi kaunseling mengenai ubat yang mereka gunakan selain untuk mencegah sebarang penyalahgunaan. Selain pelajar semester 6, ahli di dalam kumpulan ini juga terdiri daripada beberapa orang pensyarah dan alumni. Mereka bergerak ke setiap rumah dengan berbasikal untuk memudahkan pergerakan.

 Terdapat pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di tapak karnival, antaranya ialah pemeriksaan kesihatan yang dijalankan sendiri oleh biro pemeriksaan yang terdiri daripada pelajar semester 6, kempen menderma darah, pameran dan ceramah yang diberikan oleh Prof. Dr. Yahaya Hassan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai yang dibuka di sekitar kawasan tersebut. 

                                          



Sesi kaunseling


Kaunter pendaftaran
































Antara pameran yang ada pada hari tersebut ialah pameran 'Kenali Ubat Anda' dan cara hendak mengenal ubat berdaftar yang masing-masing dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Negeri Selangor. Selain itu, terdapat juga pameran daripada pasukan physiotherapy, pasukan occupational therapy dan pasukan CCSC Outreach.

















Di samping itu, terdapat juga aktiviti sukaneka yang disertai oleh penduduk kampung antaranya ialah bowling kelapa, balingan cinta dan isi air dalam botol (kategori kanak-kanak). Selepas solat Zuhur di Masjid Kampung Jaya Setia, aktiviti gotong-royong pula diadakan pada sebelah petang. Aktiviti ini turut disertai oleh dekan kita sendiri, Prof. Dr. Aishah Adam. 

Prof. Dr. Aishah Adam bersama pengarah program (sebelah kiri beliau)












Sebahagian pelajar semester 4




























Pada sebelah petang pula, terdapat 'friendly match' bola baling dan bola sepak diantara pelajar dan penduduk kampung. 












Program ini diteruskan lagi pada waktu malam di masjid yang sama untuk slot Ceramah Perdana oleh Imam Muda Asyraf yang bertajuk 'Rasulullah is My Doctor'. Selesai ceramah, karnival ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Tunas Harapan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Abu Bakar Abdul Majeed.
















'Balingan Cinta'

Bersama pemenang 'isi air dalam botol'






















Team Derma Darah














Friday, May 16, 2014

7th NATIONAL PHARMACY SPORTS CARNIVAL (NPSC)

Assalamu'alaikum dan hello. :)

Pada April lepas, iaitu 11-13 April 2014, telah berlangsungnya satu acara tahunan untuk pelajar fakulti Farmasi di Malaysia yang bekerjasama dengan MyPSA yang melibatkan pelajar dari pelbagai institusi di Malaysia. Karnival ini telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuantan. Di bawah ialah logo rasmi NPSC yang ke-7.
Logo rasmi NPSC


Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam telah menghantar beberapa pasukan untuk bertanding iaitu pasukan takraw, futsal, bola keranjang, bola jaring dan sebagainya ke UIA, untuk mewakili UiTM dalam NPSC. Wakil pelajar daripada setiap semester termasuk semester 8 turut serta bertanding dalam pertandingan tersebut.

Berikut merupakan kedudukan UiTM tiga tahun yang lepas bermula tahun 2011.

NPSC ke-4 (2011)
NPSC ke-5 (2012)
NPSC ke-6 (2013)

Dan apakah agaknya keputusan untuk NPSC yg ke-7 pada tahun 2014 kali ini? Hmm.*drum roll please* Tadaaaaa. :) 

NPSC ke-7 (2014)

Alhamdulillah, UiTM telah memenangi tempat ke-2 keseluruhan, dan hanya berada di bawah UIA yang sekali lagi memenangi NPSC  dengan hanya perbezaan satu medal perak. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pasukan yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk NPSC kali ini. Diharap pasukan UiTM dapat mengekalkan prestasi dan insyaAllah suatu hari nanti dapat menggondol tempat pertama pula pada NPSC yang akan datang. Sama-sama kita doakan. ;)




Pasukan Bola Tampar

Pasukan Bola Keranjang



Pasukan Bola Jaring

Pasukan Acara Balapan

Presiden SOPHYS 2014 sebagai 'anchor'