Orientasi Nostalgia 2014

Diadakan setiap tahun bagi meraikan kedatangan junior-junior part 1. Selamat datang dan tahniah!

Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Monday, January 19, 2015

SOPHYS ANNUAL GRAND MEETING 2013/2014


Alhamdulillah , pada bulan Disember 2014 , SOPHYS Annual Grand Meeting telah diadakan untuk mencari Ahli Tertinggi SOPHYS yang baru bagi tahun 2014/2015 . Program ini telah diadakan di DK500.

Secara rasminya , SOPHYS 2013/2014 telah dibubarkan oleh Puan Ezlina Usir . Biro terbaik juga telah diumumkan . Tahniah kepada biro multimedia .




Ucapan daripada Remy Rezza . bekas presiden SOPHYS 2013/2014 . Tahniah kerana dapat mengetuai SOPHYS dengan jayanya sekaligus merangkul gelaran ahli SOPHYS terbaik .


'

Seterusnya , pembentangan bajet SOPHYS bagi sesi 2013/2014 oleh Bendahari 1 , Hajidah Mardhiah Azman .




Berbeza dengan tahun - tahun yang sebelum ini, kali ini , calon-calon untuk Presiden dan Naib Presiden telah diumumkan lebih awal bagi membolehkan mereka merangka dan  menyediakan memorandum. 4 orang calon bagi Presiden dan 4 orang calon bagi Naib Presiden . Nama-nama mereka telah dicadangkan oleh ahli SOPHYS sendiri dan disokong oleh penasihat dan pensyarah .




Tetapi , disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan , calon Aizuddin Aiman Maon tidak dapat menghadirkan diri dan secara automatik , pencalonannya terbatal.

Calon-calon diberi masa untuk membentangkan memorandum masing-masing dan meyakinkan para pelajar.Semua diberikan hak untuk mengundi .Selain itu , sesi soal jawab juga telah dibuka untuk para pelajar bertanya kepada calon-calon.
Semasa sesi undian pula , calon-calon diarahkan untuk berada diluar dewan dan ketua kelas akan mengambil undi ahli-ahli kelas mereka.








Setelah undian dibuat , Muhammad Izzudin Muklas telah mendapat undian terbanyak sekaligus diumumkan sebagai Presiden SOPHYS.



Seterusnya , calon-calon Naib Presiden .







Setelah undian dibuat , Siti Ama Leena Sabran telah melayakkan diri untuk memegang Naib Presiden SOPHYS .

Tahniah . Diharap , tampuk pemerintahan SOPHYS bagi tahun 2014/2015 dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk menaikkan lagi nama Fakulti Farmasi UiTM .