Friday, April 29, 2011

Selamat Menjalani Peperiksaan


SOPHYS mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar Fakulti Farmasi dalam Peperiksaan Akhir Semester sesi Januari - Mei 2011


Bersama kita meneruskan legasi kecemerlangan dalam bidang akademik. InsyaAllah

Tuesday, March 22, 2011

Iftar Kasih

Pada 10 Mac yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) melalui Biro Kerohanian telah menganjurkan Program Iftar Kasih. Untuk makluman semua, program ini merupakan julung kali diadakan oleh SOPHYS. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara para pelajar Fakulti Farmasi selain dapat berbuka puasa bersama-sama.

"Iftar merupakan satu perkataan Arab yang membawa maksud berbuka puasa"

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti majlis berbuka puasa, Solat Maghrib secara berjemaah, bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah.

Oleh kerana sambutan menggalakan dari para pelajar, diharapkan majlis seperti ini dapat disertai oleh para pensyarah dan kakitangan Fakulti Farmasi yang lain supaya majlis ini akan lebih meriah dan pelbagai pengisian yang lebih berfaedah dapat dilakukan. Diharapkan juga, program ini dapat diteruskan dan diadakan dengan lebih kerap lagi.






Monday, March 21, 2011

4th General Meeting of Malaysian Pharmaceutical Student Association (MyPSA)


Pada 19 Mac 2011 yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM telah menganjurkan mesyuarat Malaysian Pharmaceutical Student Association (MyPSA) kali ke-4 yang diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam. Mesyuarat ini telah disertai oleh wakil-wakil universiti seluruh Malaysia sama ada IPTA ataupun IPTS yang menawarkan pengajian farmasi.

Berikut merupakan universiti yang telah menghantar wakil mereka untuk mesyuarat kali ini:
  1. UiTM
  2. UM
  3. USM
  4. UKM
  5. I-City (USM)
  6. Masterskill
  7. IIUM
Perjumpaan ini telah diadakan di bilik mesyuarat 1 FF1 pada pukul 10.00 pagi. Walau bagaimanapun, disebabkan status UiTM Kampus Puncak Alam yang masih baru dan kurang dikenali, kebanyakan wakil pelajar dari universiti lain telah tersesat semasa menuju ke tempat mesyuarat berlangsung. Namun begitu, masalah ini berjaya diselesaikan.



Beberapa perkara telah dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung terutamanya program MyPSA yang akan datang iaitu National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang bakal dianjurkan di Universiti Malaya pada 9 hingga 13 Jun 2011.

Selain itu, SOPHYS UiTM juga telah mengusulkan perkara "Fund Raising For Japan" dan ianya telah diterima dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh memberikan sumbangan mereka di mana-mana tabung yang disediakan di sekitar Fakulti Farmasi. Diharapkan dengan wujudkan tabung "Fund Raising For Japan" ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa tsunami di Jepun. InsyaAllah.


Friday, March 18, 2011

Immunization Awareness Campaign


*Klik untuk pembesaran

Society of Pharmacy Students (SOPHYS) akan menganjurkan Immunization Awareness Campaign yang akan diadakan pada 23, 24 dan 30 Mac 2011.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan:

1) Blood Screening

- HEP A & HEP B Screening (RM 35)
- Full Blood Test (RM 65)

- Tarikh & Masa:
23 Mac 2011 (8.30am-2.30pm)
- Tempat:
Fakulti Farmasi, Bangunan FF3 (Makmal Klinikal)

* Peringatan, untuk Blood Screening ini, individu berkenaan perlu berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian tersebut.


2) Result Collection & Vaccine Registration

- 24 Mac 20011 (10.30am-2.30pm)

3) Talk & On-Site Vaccination
- Penceramah:
Prof Yasmin (IMU)
- Tajuk:
"Vaccine For Adult: Is It Important?"

- Tarikh & Masa:
30 Mac 2011 (2.30pm-4.30pm)
- Tempat:
Fakulti Farmasi, Bangunan FF4

Vaccine Price
- HEP A Vaccine = RM89
- HEP B Vaccine = RM29
- HEP A + HEP B Vaccine = RM86
- HPV Vaccine = RM155

*Semua harga yang dinyatakan adalah selepas diskaun.
Dapatkan Vaksin dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran
Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini
"Prevention is Better than Cure"


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
- Saudara Ikhwan (013-7855780)
- Saudari Julia (019-3373305)


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Facebook dengan menaip kata kunci Immunization Awareness Campaign dan like page tersebut sebagai tanda sokongan anda kepada kempen ini.