Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Wednesday, May 28, 2014

PUBLIC HEALTH PHARMACY CARNIVAL 2014



Pada Sabtu, 17 Mei 2014 yang lalu, pelajar semester 6 Fakulti Farmasi telah menganjurkan Public Health Pharmacy Carnival (PHPC) yang telah berlangsung di Kampung Jaya Setia, Ijok, Kuala Selangor dari pukul 7.30pagi - 11.00 malam. 

Pada awal pagi hari tersebut, program ini telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh sebahagian daripada penduduk kampung dan peserta. Program ini kemudiannya diteruskan lagi dengan majlis perasmian dan sepatutnya dirasmikan oleh Prof. Dr. Aishah Adam, Dekan Fakulti Farmasi, tetapi beliau tidak dapat menghadirkan diri lalu telah diganti oleh Dr Mizaton Hazizul Hasan.
























Sebaik sahaja riben merah digunting, bermulalah aktiviti pharmacy2u. Pharmacy2u ialah satu aktiviti di mana sebahagian pelajar semester 6 dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki pergi ke rumah-rumah penduduk yang telah ditetapkan oleh ahli jawatankuasa kampung untuk memberikan sesi kaunseling mengenai ubat yang mereka gunakan selain untuk mencegah sebarang penyalahgunaan. Selain pelajar semester 6, ahli di dalam kumpulan ini juga terdiri daripada beberapa orang pensyarah dan alumni. Mereka bergerak ke setiap rumah dengan berbasikal untuk memudahkan pergerakan.

 Terdapat pelbagai lagi aktiviti yang dijalankan di tapak karnival, antaranya ialah pemeriksaan kesihatan yang dijalankan sendiri oleh biro pemeriksaan yang terdiri daripada pelajar semester 6, kempen menderma darah, pameran dan ceramah yang diberikan oleh Prof. Dr. Yahaya Hassan. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai yang dibuka di sekitar kawasan tersebut. 

                                          



Sesi kaunseling


Kaunter pendaftaran
































Antara pameran yang ada pada hari tersebut ialah pameran 'Kenali Ubat Anda' dan cara hendak mengenal ubat berdaftar yang masing-masing dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Negeri Selangor. Selain itu, terdapat juga pameran daripada pasukan physiotherapy, pasukan occupational therapy dan pasukan CCSC Outreach.

















Di samping itu, terdapat juga aktiviti sukaneka yang disertai oleh penduduk kampung antaranya ialah bowling kelapa, balingan cinta dan isi air dalam botol (kategori kanak-kanak). Selepas solat Zuhur di Masjid Kampung Jaya Setia, aktiviti gotong-royong pula diadakan pada sebelah petang. Aktiviti ini turut disertai oleh dekan kita sendiri, Prof. Dr. Aishah Adam. 

Prof. Dr. Aishah Adam bersama pengarah program (sebelah kiri beliau)












Sebahagian pelajar semester 4




























Pada sebelah petang pula, terdapat 'friendly match' bola baling dan bola sepak diantara pelajar dan penduduk kampung. 












Program ini diteruskan lagi pada waktu malam di masjid yang sama untuk slot Ceramah Perdana oleh Imam Muda Asyraf yang bertajuk 'Rasulullah is My Doctor'. Selesai ceramah, karnival ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Tunas Harapan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Abu Bakar Abdul Majeed.
















'Balingan Cinta'

Bersama pemenang 'isi air dalam botol'






















Team Derma Darah














0 comments: