Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Friday, May 16, 2014

7th NATIONAL PHARMACY SPORTS CARNIVAL (NPSC)

Assalamu'alaikum dan hello. :)

Pada April lepas, iaitu 11-13 April 2014, telah berlangsungnya satu acara tahunan untuk pelajar fakulti Farmasi di Malaysia yang bekerjasama dengan MyPSA yang melibatkan pelajar dari pelbagai institusi di Malaysia. Karnival ini telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kuantan. Di bawah ialah logo rasmi NPSC yang ke-7.
Logo rasmi NPSC


Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam telah menghantar beberapa pasukan untuk bertanding iaitu pasukan takraw, futsal, bola keranjang, bola jaring dan sebagainya ke UIA, untuk mewakili UiTM dalam NPSC. Wakil pelajar daripada setiap semester termasuk semester 8 turut serta bertanding dalam pertandingan tersebut.

Berikut merupakan kedudukan UiTM tiga tahun yang lepas bermula tahun 2011.

NPSC ke-4 (2011)
NPSC ke-5 (2012)
NPSC ke-6 (2013)

Dan apakah agaknya keputusan untuk NPSC yg ke-7 pada tahun 2014 kali ini? Hmm.*drum roll please* Tadaaaaa. :) 

NPSC ke-7 (2014)

Alhamdulillah, UiTM telah memenangi tempat ke-2 keseluruhan, dan hanya berada di bawah UIA yang sekali lagi memenangi NPSC  dengan hanya perbezaan satu medal perak. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pasukan yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk NPSC kali ini. Diharap pasukan UiTM dapat mengekalkan prestasi dan insyaAllah suatu hari nanti dapat menggondol tempat pertama pula pada NPSC yang akan datang. Sama-sama kita doakan. ;)




Pasukan Bola Tampar

Pasukan Bola Keranjang



Pasukan Bola Jaring

Pasukan Acara Balapan

Presiden SOPHYS 2014 sebagai 'anchor'






0 comments: