Orientasi Nostalgia 2014

Diadakan setiap tahun bagi meraikan kedatangan junior-junior part 1. Selamat datang dan tahniah!

Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Sunday, September 20, 2015

Pharm4Amal

Alhamdulillah, pihak SOPHYS telah membuka tirai semester yang baru ini dengan aktiviti amal iaitu Pharm4Amal"Caya Cayang Adik". Program ini telah dijalankan pada 12 September 2015 yang lalu di Rumah Anak Yatim Amal Al-Firdaus di Shah Alam, Selangor.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meluaskan pengalaman akan realiti kehidupan semasa dan dapat menjalinkan hubungan peserta dengan masyarakat. Selain itu, kebaikan program ini jelas sekali dapat mengeratkan hubungan antara ahli sophys yang sememangnya penting untuk meningkatkan kualiti SOPHYS.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah suai kenal antara peserta dengan kanak-kanak yang menetap di rumah tersebut, gotong- royong ,tayangan movie serta senaman Si Tommy. Aktiviti ini jelas sekali dapat menghiburkan anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan perhatian serta kasih -sayang daripada masyarakat. Moga-moga aktiviti amal seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.

Sekian, Salam 1 UITM.

Saturday, May 2, 2015

RX SPORT & PIALA FUTSAL DEKAN 2015

Assalamualaikum semua...baru-baru ini pelajar semester 2 Fakulti Farmasi telah menganjurkan RX SPORT dan FUTSAL PIALA DEKAN 2015. Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pensyarah, staf -staf dan juga pelajar farmasi. Tujuan program ini diadakan sudah pastinya adalah untuk menggalakkan pelajar farmasi melibatkan diri dalam sukan di samping  mengeratkan hubungan antara staf - staf dengan pelajar farmasi. Program ini diadakan selama 2 hari iaitu pada 5 APRIL(RX SPORT) dan pada 12 APRIL(FUTSAL PIALA DEKAN 2015). Aktiviti ini telah berlangsung dengan jayanya berkat usaha gigih para pelajar yang bertungkus-lumus membuat persiapan agar program ini berjalan lancar. Berikut saya memperkenalkan ahli jawatankuasa program..              

                                              
PENGARAH
MOHD KHAIRUL ANUAR B MAHUSIN
TIM. PENGARAH
AHMAD MUNER B MD DAUD
SETIAUSAHA
NURUL NABILAH HUSNA BT MAHUDI
BENDAHARI
NUR ANIS BT ABD HALIM
MULTIMEDIA & PUBLISITI
NUR NABILAH ASMIRA BT MOHD NOR
MUHD FARIZUL B SHAMSUDDIN
HADIAH & SPONSOR
ANIS SHEZEEN BT SHAMSIR
FATIN NABILAH BT ABD RAHMAN
MAKANAN & PERSEGARAN
NURUL ALYAA BT ABD HALIM
MUHD. LUTFI B MOHD FAUZI
PENGURUSAN & PENDAFTARAN
MIZA ASMA HUDA BT JAAFAR
MUHD. AMIRUL AIMAN B ZAKARIA
PERHUBUNGAN & KEBAJIKAN


SITI KHADIJAH BT ABU BAKAR
ABIDUL HAFIZ B ABDUL RAHMAN
TUGAS2 KHAS
NORFATINA BT MUSTAFFA
ABDULLAH AZIM B MOHD AZIZ

Berikut adalah keputusan RX SPORT :)




1st  PLACE
2nd PLACE
3rd PLACE
4th PLACE
BOLA JARING
PART 2
PART 4
PART 8
PART 6
BOLA TAMPAR(L)
PART 6
PART 4
PART 8
PART 2
BOLA TAMPAR(P)
PART 4
PART 6
PART 2
PART 8
BADMINTON
PART 8
PART 4
PART 2
PART 6
PINGPONG
PART 8
PART 4
PART 2
PART 6
BOLA KERANJANG
PART 2
PART 6
PART 4
PART 8
SUKANEKATHON
PART 8
PART 6
PART 4
PART 2













Alhamdulillah, kemeriahan RX Sport telah dapat dilanjutkan pada hari Ahad,12 April 2015. Acara yang dijalankan ialah Futsal Piala Dekan 2015. Pertandingan ini telah dibahagikan mengikut katogeri iaitu katogeri lelaki dan perempuan.





  
Para peserta sedang menunggu bas untuk ke lokasi Futsal Piala Dekan 2015

 





Para peserta yang terlibat dalam Futsal Piala Dekan 2015






Berikut adalah keputusan bagi Futsal Piala Dekan 2015 :

 Kategori L 

 Tempat pertama  
ALUMNAI RX 9th 
 Tempat kedua
TARUKI FC (PART 8A) 
 Tempat ketiga  
PART 4B 
 Tempat keempat  
ALUMNAI PEGAWAI U54

 Kategori P

 Tempat pertama
TEAMQU CAKELAT FC (PART 8A) 
Tempat kedua      
PART 6A 
Tempat ketiga      
APOTECHER FC (PART 2A)
Tempat keempat
BUKAN TEAM BIASA FC (PART 6B)


Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berusaha bertungkus lumus berlatih untuk menjuarai pertandingan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar, peserta, ahli jawatankuasa yang telah bersama-sama menjayakan RX Sport 2015. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.












Monday, April 20, 2015

POSTER DAY PHC526

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Pada 25 Mac 2015 yang lalu, para pelajar semester 6 Fakulti Farmasi telah mengadakan Poster Day PHC526. Aktiviti ini telah diadakan di kedua-dua bilik aktiviti pelajar di Fakulti Farmasi. 

Poster Day PHC526 ini dijalankan dalam bentuk pameran yang dibentangkan sendiri oleh pelajar-pelajar farmasi tersebut. Pelbagai info yang telah dipamerkan antaranya ialah 'Nicotine Replacement Therapy', 'Sunburn, 'Head Lice' dan 'Weight Management'. Info- info ini sememangnya sangat berguna dan dapat memberi kesedaran kepada pengunjung yang hadir yang sudah tentunya para pensyarah serta pelajar farmasi sendiri. Untuk memeriahkan lagi Poster Day tersebut, kuiz juga diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang. Akhir kata, program ini sangat memberi manfaat kepada seluruh pelajar farmasi dan harap akan diadakan lagi pada masa akan datang. Sekalung tahniah diucapkan. 











sekian..

Sunday, April 5, 2015

MOCK RX QUIZ 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Pada 18 Mac 2015 yang lalu, Society of Pharmacy Student (SOPHYS) telah menganjurkan MOCK RX QUIZ PHASE 3 serta diikuti GRAND FINALE MOCK RX QUIZ pada 28 Mac 2015 yang berikutnya. Program ini telah disertai oleh seramai 121 orang peserta dan  dijalankan di dewan kuliah Fakulti Farmasi. Untuk pengetahuan semua, program ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh SITI AISYAH BINTI ZALFAKHAR yang juga selaku Ketua Biro Akademik.

Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu pengetahuan dalam bidang farmasi sera menyediakan barisan peserta untuk mewakili UiTM dalam pertandingan National Rx Quiz. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar farmasi supaya lebih berkeyakinan, bersemangat tinggi, berdaya saing dan kreatif dalam bidang akademik.

Berikut adalah aturcara aktiviti:

          2.30 petang: Berkumpul di UiTM Puncak Alam
          3.00 petang: Taklimat pertandingan Mock Rx Quiz
          3.15 petang: Pertandingan berlangsung
          5.30 petang:Pertandingan tamat dan makan tengahari
          6.00 petang: Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah
          6.30 petang: Peserta bersurai

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam program ini. Diharapkan program ini dapat menjadi nilai tambah dalam diri pelajar. Sekian...




AKRAB


Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM

Alhamdulillah, pada 28/5/2015 iaitu pada Sabtu yang lalu, program AKRAB(Academic Oriented Programme) telah berjaya diadakan. Program ini ialah anjuran bersama biro PR dan pelajar part 4. Objektif program AKRAB ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 mengenai Fakulti Farmasi,UiTM Puncak Alam di samping memberi motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh. Program ini telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang.

Terima kasih diucapkan kepada Dr.Amlizan kerana sudi menjadi tetamu kehormat dan juga Dr. Zolkapli selaku penasihat program. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, Izham Hasree,para MT, serta semua fasilitator yang telah membantu menjayakan program.


Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program AKRAB ini.     


Tuesday, February 3, 2015

National Pharmacy Sports Carnival 2015

Assalamualaikum dan Salam 1UiTM~

National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015 merupakan acara tahunan bagi para pelajar fakulti farmasi di seluruh Malaysia yang dianjurankan oleh Malaysia Pharmacy Students Association (MyPSA). Acara ini dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang selama 4 hari iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015.Objektif utama acara ini adalah untuk mencungkil bakat para peserta dalam bidang sukan serta membuktikan bahawa para pelajar fakulti farmasi aktif dalam pelbagai bidang termasuklah sukan.

Kontijen dari UiTM telah menghantar sebanyak 90 atlet yang terdiri daripada pelajar farmasi sendiri, serta diiringi oleh Dr. Salfarina Ramli dan Puan Zafirah Liyana Abdullah.

Berikut merupakan keputusan bagi kontijen UiTM dalam NPSC 2015 baru-baru ini :

Bil.
Permainan
Keputusan
1.        
Bola keranjang (L)
-
2.        
Bola Jaring
-
3.        
Bola tampar (L)
-
4.        
Bola tampar (P)
Perak
5.        
Ping pong (L)
-
6.        
Ping pong (P)
-
7.        
Squash (L)
Gangsa
8.        
Squash (P)
Emas
9.        
Balapan (L)
-          100m
-          400m
-          4x100m
-          4x 400m
Emas
Emas
Emas
Emas
10.    
Balapan (P)
-          100m
-          400m
-          4x100m
-          4x 400m
-
11.    
Tennis (L)
-
12.    
Futsal (L)
Perak
13.    
Futsal (P)
-
14.    
Bola sepak
-
15.    
Badminton (L)
Single
Double
-
-
16.    
Badminton (P)
Single
Double
Perak
Perak
17.    
Petanque (L)
Gangsa
18.    
Petanque (P)
-
19.    
SepakTakraw
-
20.    
Permainan Traditional
Perak


Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015. Diharap pasukan UiTM dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang ini dan menjadi pasukan yang terbaik kelak. Semoga para pelajar Fakulti Farmasi terus aktif dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sukan. 



Majulah sukan untuk negara~


Monday, January 19, 2015

SOPHYS ANNUAL GRAND MEETING 2013/2014


Alhamdulillah , pada bulan Disember 2014 , SOPHYS Annual Grand Meeting telah diadakan untuk mencari Ahli Tertinggi SOPHYS yang baru bagi tahun 2014/2015 . Program ini telah diadakan di DK500.

Secara rasminya , SOPHYS 2013/2014 telah dibubarkan oleh Puan Ezlina Usir . Biro terbaik juga telah diumumkan . Tahniah kepada biro multimedia .




Ucapan daripada Remy Rezza . bekas presiden SOPHYS 2013/2014 . Tahniah kerana dapat mengetuai SOPHYS dengan jayanya sekaligus merangkul gelaran ahli SOPHYS terbaik .


'

Seterusnya , pembentangan bajet SOPHYS bagi sesi 2013/2014 oleh Bendahari 1 , Hajidah Mardhiah Azman .




Berbeza dengan tahun - tahun yang sebelum ini, kali ini , calon-calon untuk Presiden dan Naib Presiden telah diumumkan lebih awal bagi membolehkan mereka merangka dan  menyediakan memorandum. 4 orang calon bagi Presiden dan 4 orang calon bagi Naib Presiden . Nama-nama mereka telah dicadangkan oleh ahli SOPHYS sendiri dan disokong oleh penasihat dan pensyarah .




Tetapi , disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan , calon Aizuddin Aiman Maon tidak dapat menghadirkan diri dan secara automatik , pencalonannya terbatal.

Calon-calon diberi masa untuk membentangkan memorandum masing-masing dan meyakinkan para pelajar.Semua diberikan hak untuk mengundi .Selain itu , sesi soal jawab juga telah dibuka untuk para pelajar bertanya kepada calon-calon.
Semasa sesi undian pula , calon-calon diarahkan untuk berada diluar dewan dan ketua kelas akan mengambil undi ahli-ahli kelas mereka.








Setelah undian dibuat , Muhammad Izzudin Muklas telah mendapat undian terbanyak sekaligus diumumkan sebagai Presiden SOPHYS.



Seterusnya , calon-calon Naib Presiden .







Setelah undian dibuat , Siti Ama Leena Sabran telah melayakkan diri untuk memegang Naib Presiden SOPHYS .

Tahniah . Diharap , tampuk pemerintahan SOPHYS bagi tahun 2014/2015 dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk menaikkan lagi nama Fakulti Farmasi UiTM .