Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Sunday, September 20, 2015

Pharm4Amal

Alhamdulillah, pihak SOPHYS telah membuka tirai semester yang baru ini dengan aktiviti amal iaitu Pharm4Amal"Caya Cayang Adik". Program ini telah dijalankan pada 12 September 2015 yang lalu di Rumah Anak Yatim Amal Al-Firdaus di Shah Alam, Selangor.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk meluaskan pengalaman akan realiti kehidupan semasa dan dapat menjalinkan hubungan peserta dengan masyarakat. Selain itu, kebaikan program ini jelas sekali dapat mengeratkan hubungan antara ahli sophys yang sememangnya penting untuk meningkatkan kualiti SOPHYS.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah suai kenal antara peserta dengan kanak-kanak yang menetap di rumah tersebut, gotong- royong ,tayangan movie serta senaman Si Tommy. Aktiviti ini jelas sekali dapat menghiburkan anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan perhatian serta kasih -sayang daripada masyarakat. Moga-moga aktiviti amal seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang.

Sekian, Salam 1 UITM.

0 comments: