Orientasi Nostalgia 2014

Diadakan setiap tahun bagi meraikan kedatangan junior-junior part 1. Selamat datang dan tahniah!

Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Saturday, February 19, 2011

Futsal Piala Dekan 2011


Ahad, 20 Februari 2011 Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam akan mengadakan Pertandingan Futsal Piala Dekan Kali Ke-7. Pertandingan ini akan diadakan di THE ROOF FUTSAL, Meru bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.oo petang. Pertandingan ini dianjurkan oleh Society of Pharmacy Student (SOPHYS). Bagi memeriahkan kejohanan ini, semua pelajar dan staf Fakulti Farmasi dijemput untuk hadir bagi memberi sokongan dan galakan kepada para peserta yang akan bertanding pada hari tersebut. Kepada para peserta, semoga berjaya dan tunjukkan semangat kesukan yang tinggi sewaktu bertanding.


.:Majulah Sukan Untuk Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam:.

Minggu Muhabbah Rasul (MUHARA)

Bermula dari 14 Februari 2011 sehingga 18 Februari 2011, SOPHYS telah menganjurkan Minggu Muhabbah Rasul yang dikenali sebagai MUHARA bersempena menyambut Maulidur Rasul 1432H. Bagi memastikan MUHARA kali disambut dengan lebih meriah lagi, program ini telah melibatkan semua persatuan dalam Kampus Puncak Alam termasuklah SOPHYS dan buat julung kalinya telah berkerjasama dengan Kariah Masjid Al-Furqan Fasa 2.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh SOPHYS ialah Pameran Kebudayaan & Kesenian Islam dan Perarakan Maulidur Rasul.

Berarak sambil berselawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W


Sebahagian dari peserta perarakan SOPHYS.

Tahniah dan syabas diucapkan juga kepada SOPHYS kerana telah berjaya memperolehi tempat ke-2 keseluruhan untuk pertandingan perarakan. Diharapkan agar Minggu Muhabbah Rasul (MUHARA) dapat dijalankan pada tahun hadapan dengan lebih jaya lagi.