Orientasi Nostalgia 2014

Diadakan setiap tahun bagi meraikan kedatangan junior-junior part 1. Selamat datang dan tahniah!

Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Tuesday, March 22, 2011

Iftar Kasih

Pada 10 Mac yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) melalui Biro Kerohanian telah menganjurkan Program Iftar Kasih. Untuk makluman semua, program ini merupakan julung kali diadakan oleh SOPHYS. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara para pelajar Fakulti Farmasi selain dapat berbuka puasa bersama-sama.

"Iftar merupakan satu perkataan Arab yang membawa maksud berbuka puasa"

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti majlis berbuka puasa, Solat Maghrib secara berjemaah, bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah.

Oleh kerana sambutan menggalakan dari para pelajar, diharapkan majlis seperti ini dapat disertai oleh para pensyarah dan kakitangan Fakulti Farmasi yang lain supaya majlis ini akan lebih meriah dan pelbagai pengisian yang lebih berfaedah dapat dilakukan. Diharapkan juga, program ini dapat diteruskan dan diadakan dengan lebih kerap lagi.






Monday, March 21, 2011

4th General Meeting of Malaysian Pharmaceutical Student Association (MyPSA)


Pada 19 Mac 2011 yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM telah menganjurkan mesyuarat Malaysian Pharmaceutical Student Association (MyPSA) kali ke-4 yang diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam. Mesyuarat ini telah disertai oleh wakil-wakil universiti seluruh Malaysia sama ada IPTA ataupun IPTS yang menawarkan pengajian farmasi.

Berikut merupakan universiti yang telah menghantar wakil mereka untuk mesyuarat kali ini:
  1. UiTM
  2. UM
  3. USM
  4. UKM
  5. I-City (USM)
  6. Masterskill
  7. IIUM
Perjumpaan ini telah diadakan di bilik mesyuarat 1 FF1 pada pukul 10.00 pagi. Walau bagaimanapun, disebabkan status UiTM Kampus Puncak Alam yang masih baru dan kurang dikenali, kebanyakan wakil pelajar dari universiti lain telah tersesat semasa menuju ke tempat mesyuarat berlangsung. Namun begitu, masalah ini berjaya diselesaikan.



Beberapa perkara telah dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung terutamanya program MyPSA yang akan datang iaitu National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang bakal dianjurkan di Universiti Malaya pada 9 hingga 13 Jun 2011.

Selain itu, SOPHYS UiTM juga telah mengusulkan perkara "Fund Raising For Japan" dan ianya telah diterima dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh memberikan sumbangan mereka di mana-mana tabung yang disediakan di sekitar Fakulti Farmasi. Diharapkan dengan wujudkan tabung "Fund Raising For Japan" ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa tsunami di Jepun. InsyaAllah.


Friday, March 18, 2011

Immunization Awareness Campaign


*Klik untuk pembesaran

Society of Pharmacy Students (SOPHYS) akan menganjurkan Immunization Awareness Campaign yang akan diadakan pada 23, 24 dan 30 Mac 2011.

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan:

1) Blood Screening

- HEP A & HEP B Screening (RM 35)
- Full Blood Test (RM 65)

- Tarikh & Masa:
23 Mac 2011 (8.30am-2.30pm)
- Tempat:
Fakulti Farmasi, Bangunan FF3 (Makmal Klinikal)

* Peringatan, untuk Blood Screening ini, individu berkenaan perlu berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian tersebut.


2) Result Collection & Vaccine Registration

- 24 Mac 20011 (10.30am-2.30pm)

3) Talk & On-Site Vaccination
- Penceramah:
Prof Yasmin (IMU)
- Tajuk:
"Vaccine For Adult: Is It Important?"

- Tarikh & Masa:
30 Mac 2011 (2.30pm-4.30pm)
- Tempat:
Fakulti Farmasi, Bangunan FF4

Vaccine Price
- HEP A Vaccine = RM89
- HEP B Vaccine = RM29
- HEP A + HEP B Vaccine = RM86
- HPV Vaccine = RM155

*Semua harga yang dinyatakan adalah selepas diskaun.
Dapatkan Vaksin dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran
Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini
"Prevention is Better than Cure"


Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada
- Saudara Ikhwan (013-7855780)
- Saudari Julia (019-3373305)


Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Facebook dengan menaip kata kunci Immunization Awareness Campaign dan like page tersebut sebagai tanda sokongan anda kepada kempen ini.

Thursday, March 10, 2011

RGV Mind Jolt Competition

Pada 16 Februari 2011 yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) telah menganjurkan program RGV Mind Jolt Competition. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh Biro RGV di mana penyertaannya terbuka kepada semua pelajar Fakulti Farmasi. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan Sahibba.

Sahibba merupakan permainan teka-teki silang kata dalam Bahasa Melayu. Permainan ini telah dicipta pada tahun 1976 dan dimainkan seramai dua hingga empat orang. Manakala, setiap pemain yang bertanding perlu membina perkataan dan markah dikira berdasarkan perkataan yang dibina di atas papan permainan.

Pertandingan yang diadakan di Room with Global View (RGV) ini telah menarik penyertaan pelajar dari Part 2 dan Part 4. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Berikut merupakan keputusan pertandingan.

Kategori Lelaki
Pertama: Zaid B Ideris
Kedua: Muhd Azlan B Yusuf
Ketiga: Muhd Fauzanudin B Baharudin

Kategori Perempuan
Pertama: Nur Farhana Bt Shukri
Kedua: Amirah Bt Ahmad Razif
Ketiga: Nur Hatiekah Bt Othman

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan, objektif pertandingan ini diadakan iaitu untuk meningkatkan bilangan kosa kata para pelajar dalam Bahasa Melayu tercapai. InsyaAllah.
Mulakan dengan huruf H. Eh silap.
Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim...

1, 2, 3 Peace!!

Kehangatan pertandingan semakin membara

Mr Presiden pun ada. Nak mencuba nasib jugak ke?!

Siapa lagi sesuai untuk jadi model iklan ubat gigi?!

Peace, No War!!

Kreatif. Kesemua nama peserta pertandingan

Inilah hasilnya

Negeri, Anduh, Adat, Sisa..........
Antara perkataan yang berjaya dibina.

Tuesday, March 1, 2011

Excellence Academic Awards & White Coat Ceremony

Pada 23 Februari 2011 yang lalu, Fakulti Farmasi dengan kerjasam Pharmaniaga telah menganjurkan Program "Excellence Academic Awards & White Coat Ceremony". Program yang dijalankan setiap semester ini tidak lain dan tidak bukan untuk meraikan pelajar Fakulti Farmasi yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas.

Selain itu juga, turut diadakan Program White Coat Ceremony dimana para pelajar tahun akhir melakukan "Pledge of Professionalism".

Selain Program White Coat Ceremony, terdapat juga Program Career Talk yang disampaikan oleh wakil daripada Pharmaniaga. Pihak Pharmaniaga juga berbesar hati untuk menyediakan Book Prize Award. Penerima Book Price Award daripada Pihak Pharmaniaga ialah:

1. Noor Fadzila Badruddin
2. Kairul Asymawi B Ishak
3. Zalikha Hassa

Pihak Pharmaniaga juga turut mengadakan pemeriksaan kesihatan secara percuma pada majlis tersebut. Diharapkan kerjasama erat antara Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam dan Pihak Pharmaniaga dapat diteruskan pada masa akan datang.


Penerima Book Price Award

Para peserta Semesta Akhir 'Pledge of Professionalism'

Pemeriksaan kesihatan secara percuma.