Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Pada 18 Mac 2015 yang lalu, Society of Pharmacy Student (SOPHYS) telah menganjurkan MOCK RX QUIZ PHASE 3 serta diikuti GRAND FINALE MOCK RX QUIZ pada 28 Mac 2015 yang berikutnya. Program ini telah disertai oleh seramai 121 orang peserta dan dijalankan di dewan kuliah Fakulti Farmasi. Untuk pengetahuan semua, program ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh SITI AISYAH BINTI ZALFAKHAR yang juga selaku Ketua Biro Akademik.
Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu pengetahuan dalam bidang farmasi sera menyediakan barisan peserta untuk mewakili UiTM dalam pertandingan National Rx Quiz. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar farmasi supaya lebih berkeyakinan, bersemangat tinggi, berdaya saing dan kreatif dalam bidang akademik.
Berikut adalah aturcara aktiviti:
2.30 petang: Berkumpul di UiTM Puncak Alam
3.00 petang: Taklimat pertandingan Mock Rx Quiz
3.15 petang: Pertandingan berlangsung
5.30 petang:Pertandingan tamat dan makan tengahari
6.00 petang: Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah
6.30 petang: Peserta bersurai
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam program ini. Diharapkan program ini dapat menjadi nilai tambah dalam diri pelajar. Sekian...
Sunday, April 5, 2015
MOCK RX QUIZ 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment