Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Sunday, April 5, 2015

AKRAB


Assalamualaikum dan Salam 1 UiTM

Alhamdulillah, pada 28/5/2015 iaitu pada Sabtu yang lalu, program AKRAB(Academic Oriented Programme) telah berjaya diadakan. Program ini ialah anjuran bersama biro PR dan pelajar part 4. Objektif program AKRAB ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 mengenai Fakulti Farmasi,UiTM Puncak Alam di samping memberi motivasi kepada mereka untuk belajar bersungguh-sungguh. Program ini telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang.

Terima kasih diucapkan kepada Dr.Amlizan kerana sudi menjadi tetamu kehormat dan juga Dr. Zolkapli selaku penasihat program. Tahniah diucapkan kepada pengarah program, Izham Hasree,para MT, serta semua fasilitator yang telah membantu menjayakan program.


Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program AKRAB ini.     


0 comments: