Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Pada 25 Mac 2015 yang lalu, para pelajar semester 6 Fakulti Farmasi telah mengadakan Poster Day PHC526. Aktiviti ini telah diadakan di kedua-dua bilik aktiviti pelajar di Fakulti Farmasi.
Poster Day PHC526 ini dijalankan dalam bentuk pameran yang dibentangkan sendiri oleh pelajar-pelajar farmasi tersebut. Pelbagai info yang telah dipamerkan antaranya ialah 'Nicotine Replacement Therapy', 'Sunburn, 'Head Lice' dan 'Weight Management'. Info- info ini sememangnya sangat berguna dan dapat memberi kesedaran kepada pengunjung yang hadir yang sudah tentunya para pensyarah serta pelajar farmasi sendiri. Untuk memeriahkan lagi Poster Day tersebut, kuiz juga diadakan dan hadiah diberi kepada pemenang. Akhir kata, program ini sangat memberi manfaat kepada seluruh pelajar farmasi dan harap akan diadakan lagi pada masa akan datang. Sekalung tahniah diucapkan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera :) Pada 18 Mac 2015 yang lalu, Society of Pharmacy Student (SOPHYS) telah menganjurkan MOCK RX QUIZ PHASE 3 serta diikuti GRAND FINALE MOCK RX QUIZ pada 28 Mac 2015 yang berikutnya. Program ini telah disertai oleh seramai 121 orang peserta dan dijalankan di dewan kuliah Fakulti Farmasi. Untuk pengetahuan semua, program ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh SITI AISYAH BINTI ZALFAKHAR yang juga selaku Ketua Biro Akademik. Antara tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu pengetahuan dalam bidang farmasi sera menyediakan barisan peserta untuk mewakili UiTM dalam pertandingan National Rx Quiz. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar farmasi supaya lebih berkeyakinan, bersemangat tinggi, berdaya saing dan kreatif dalam bidang akademik. Berikut adalah aturcara aktiviti:
2.30 petang: Berkumpul di UiTM Puncak Alam 3.00 petang: Taklimat pertandingan Mock Rx Quiz 3.15 petang: Pertandingan berlangsung 5.30 petang:Pertandingan tamat dan makan tengahari 6.00 petang: Pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah 6.30 petang: Peserta bersurai Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam program ini. Diharapkan program ini dapat menjadi nilai tambah dalam diri pelajar. Sekian...
Alhamdulillah, pada 28/5/2015 iaitu pada Sabtu yang lalu,
program AKRAB(Academic Oriented Programme) telah berjaya diadakan. Program ini
ialah anjuran bersama biro PR dan pelajar part 4. Objektif program AKRAB ini dijalankan
ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 mengenai
Fakulti Farmasi,UiTM Puncak Alam di samping memberi motivasi kepada mereka untuk
belajar bersungguh-sungguh. Program ini telah diadakan di Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi (SBPI) Rawang.
Terima kasih diucapkan kepada Dr.Amlizan kerana sudi menjadi
tetamu kehormat dan juga Dr. Zolkapli selaku penasihat program. Tahniah
diucapkan kepada pengarah program, Izham Hasree,para MT, serta semua
fasilitator yang telah membantu menjayakan program.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak
dan akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua yang telah terlibat dalam menjayakan program AKRAB ini.