Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Saturday, June 21, 2014

Program Santai Bersama Alumni

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera.


Pada hari ini, 20 Jun 2014 (Jumaat), telah berlangsungnya satu forum mengenai cabang - cabang pekerjaan dalam bidang farmasi yang melibatkan peserta daripada pelajar semester 8 pada pukul 8.30pagi - 1.00 tengahari di DK7, Fakulti Farmasi. Penceramah jemputan adalah daripada kalangan alumni UiTM sendiri yang rata - rata daripada batch pertama. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan serta membuka mata para pelajar tentang cabaran dan kelebihan yang akan diperoleh jika memilih bidang - bidang yang mereka minati antaranya Farmasi Akademik, Farmasi Industri, Komuniti Farmasi, Hospital Farmasi dan juga Penguatkuasaan Farmasi. Selain itu,terdapat juga penceramah daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi yang juga merupakan alumni UiTM telah berkongsi bermacam maklumat antaranya penempatan untuk pegawai yang berkhidmat untuk kerajaan dan lain lagi. 



Ucapan perasmian oleh Ybhg. Profesor Dato' Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (Assistant Vice Chansellor Research)

Dr Azzyati binti Mohd Suhaimi (Pensyrah UiTM)


Puan Hendrawati Mohd Sapuan (Pegawai Farmasi / Pemilik Farmasi Ideal)

Puan AfrizaAini Afzal (Pengurus Kanan Jabatan Supply Chain Management (Pegawai Farmasi))

Cik Puteri Juanita Zamri (Pegawai Farmasi Unit ICU, Hospital Selayang)

Encik Norfahmi Mohd Yusoff (Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi Cawangan Farmasi)

Puan Yusmiza Azmi (Penolong Pengarah Kanan, Dasar dan Pengurusan Farmasi)

Sebahagian peserta semester 8

Para alumni yang hadir beserta pensyrah UiTM yang juga alumni


Alumni bersam sebahgian pelajar semester 8

Semoga pelajar semester 8 dapat membuat keputusan berdasarkan minat masing - masing dalam memilih kerjaya kelak dan selamat berjaya semasa bekerjaya nanti. Dengan berakhirnya forum ini, maka berakhirlah program dibawah Sophys untuk semester ini. Diharap banyak lagi aktiviti yang berilmiah dan memberi manfaat kepada para pelajar pada semester akan datang. Dengan itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir kepada semua pelajar dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa pada tahun ini.

Terima kasih. :)




1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Tahniah kepada semua pelajar tahun akhir BPharm Uitm. Semoga semua ilmu yang sudah dicedok semasa 4 tahun pengajian menjadi panduan berguna semasa bekerja kelak. Wish all of u all the best for your exam and incoming future.

Karl
5th batch bpharm uitm