Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Monday, March 21, 2011

4th General Meeting of Malaysian Pharmaceutical Student Association (MyPSA)


Pada 19 Mac 2011 yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM telah menganjurkan mesyuarat Malaysian Pharmaceutical Student Association (MyPSA) kali ke-4 yang diadakan di UiTM Kampus Puncak Alam. Mesyuarat ini telah disertai oleh wakil-wakil universiti seluruh Malaysia sama ada IPTA ataupun IPTS yang menawarkan pengajian farmasi.

Berikut merupakan universiti yang telah menghantar wakil mereka untuk mesyuarat kali ini:
  1. UiTM
  2. UM
  3. USM
  4. UKM
  5. I-City (USM)
  6. Masterskill
  7. IIUM
Perjumpaan ini telah diadakan di bilik mesyuarat 1 FF1 pada pukul 10.00 pagi. Walau bagaimanapun, disebabkan status UiTM Kampus Puncak Alam yang masih baru dan kurang dikenali, kebanyakan wakil pelajar dari universiti lain telah tersesat semasa menuju ke tempat mesyuarat berlangsung. Namun begitu, masalah ini berjaya diselesaikan.



Beberapa perkara telah dibincangkan semasa mesyuarat berlangsung terutamanya program MyPSA yang akan datang iaitu National Gathering of Pharmacy Students (NoGAPS) yang bakal dianjurkan di Universiti Malaya pada 9 hingga 13 Jun 2011.

Selain itu, SOPHYS UiTM juga telah mengusulkan perkara "Fund Raising For Japan" dan ianya telah diterima dengan sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh memberikan sumbangan mereka di mana-mana tabung yang disediakan di sekitar Fakulti Farmasi. Diharapkan dengan wujudkan tabung "Fund Raising For Japan" ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa tsunami di Jepun. InsyaAllah.


3 comments:

apple said...

ikhwan pakai jaket ak... zzzzzz

SOPHYS said...

Apple:

sje nk promote...
tpi jaket tu lambang sophys lamakn?!

apple said...

yeah lambang sophys lama...