Pada 10 Mac yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) melalui Biro Kerohanian telah menganjurkan Program Iftar Kasih. Untuk makluman semua, program ini merupakan julung kali diadakan oleh SOPHYS. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara para pelajar Fakulti Farmasi selain dapat berbuka puasa bersama-sama.
"Iftar merupakan satu perkataan Arab yang membawa maksud berbuka puasa"
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti majlis berbuka puasa, Solat Maghrib secara berjemaah, bacaan Yassin dan diakhiri dengan Solat Isyak secara berjemaah.
Oleh kerana sambutan menggalakan dari para pelajar, diharapkan majlis seperti ini dapat disertai oleh para pensyarah dan kakitangan Fakulti Farmasi yang lain supaya majlis ini akan lebih meriah dan pelbagai pengisian yang lebih berfaedah dapat dilakukan. Diharapkan juga, program ini dapat diteruskan dan diadakan dengan lebih kerap lagi.
1 comments:
ade org sampai terjelir lidah tengok mkanan...
ahaha
Post a Comment