Pada 5 mei yang lepas, satu lagi aktiviti tahunan fakulti farmasi UiTM iaitu Malam Pragraduan telah diadakan di GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON.
Selain MPG, "family day" turut diadakan pada pagi 5 mei tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam "family day" tersebut.
antara acara yang diadakan ialah ping pong sudu,
Jalan atas tempurung,
Getah dan straw,
Cari gula-gula dalam pasir,
Dan acara yang paling hebat sekali ialah TARIK TALI. 1 2 tarik.... 1 2 tarik... =)
Suasana amat meriah ketika family day berlangsung, walaupun cuaca panas terik. Selepas tamat family day, kami semua Lunch kemudian Check In di Glory BEach Resort.
Pada malam 5 mei, bermulalah acara paling dinantinatikan oleh semua pelajar farmasi iaitu Malam Pra-Graduan yang bertemakan KASHMIR PARADISE "MELODIZE THE MOMENTS".
Acara yang bermula jam 8 malam dimulakan dengan perarakkan masuk VVIP dan Pelajar yang diraikan iaitu pelajar part 8.
Malam Pragraduan di meriahkan lagi dengan persembahan gimik dari pelajar farmasi.
selepas selesai gimik persembahan, bacaan doa, ucapan dan perasmian oleh bekas Dekan fakulti farmasi. Kami dipersembahkan dengan menu makan malam pada malam tersebut oleh pihak Glory Beach Resort.
selepas makan malam, kami dipersembahkan dengan persembahan dari pelajar part 8.
malam pragraduan turut dihangatkan dengan persembahan daripada kumpulan OAG.
tidak sah, malam pra-graduan tanpa pemilihan KING AND QUEEN of BOLLYWOOD and ARABIAN.
malam pra-graduan diakhiri dengan persembahan dari peleajar PART 8 ysng sungguh hebat.
Malam pragraduan yang bermula jam 8 malam telah tamat pada jam 11 malam.
sememamngnya, MPG 2012 akan dijadikan kenangan yang terindah kepada semua pelajar farmasi UiTM. Semoga kita dapat berjumpa lagi di MPG 2013.
Kepada pelajar PART 8, semoga berjaya di dalam dunia pekerjaan farmasi. =)
sekian, MPG 2012 best!!! tahniah kepada pelajar part 4 yang telah bertungkus lumus menganjurkan MPG 2012. =)