Pages

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Society of Pharmacy Students (SOPHYS) UiTM Puncak Alam

Thursday, March 10, 2011

RGV Mind Jolt Competition

Pada 16 Februari 2011 yang lalu, Society of Pharmacy Students (SOPHYS) telah menganjurkan program RGV Mind Jolt Competition. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh Biro RGV di mana penyertaannya terbuka kepada semua pelajar Fakulti Farmasi. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan Sahibba.

Sahibba merupakan permainan teka-teki silang kata dalam Bahasa Melayu. Permainan ini telah dicipta pada tahun 1976 dan dimainkan seramai dua hingga empat orang. Manakala, setiap pemain yang bertanding perlu membina perkataan dan markah dikira berdasarkan perkataan yang dibina di atas papan permainan.

Pertandingan yang diadakan di Room with Global View (RGV) ini telah menarik penyertaan pelajar dari Part 2 dan Part 4. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Berikut merupakan keputusan pertandingan.

Kategori Lelaki
Pertama: Zaid B Ideris
Kedua: Muhd Azlan B Yusuf
Ketiga: Muhd Fauzanudin B Baharudin

Kategori Perempuan
Pertama: Nur Farhana Bt Shukri
Kedua: Amirah Bt Ahmad Razif
Ketiga: Nur Hatiekah Bt Othman

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Diharapkan, objektif pertandingan ini diadakan iaitu untuk meningkatkan bilangan kosa kata para pelajar dalam Bahasa Melayu tercapai. InsyaAllah.
Mulakan dengan huruf H. Eh silap.
Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim...

1, 2, 3 Peace!!

Kehangatan pertandingan semakin membara

Mr Presiden pun ada. Nak mencuba nasib jugak ke?!

Siapa lagi sesuai untuk jadi model iklan ubat gigi?!

Peace, No War!!

Kreatif. Kesemua nama peserta pertandingan

Inilah hasilnya

Negeri, Anduh, Adat, Sisa..........
Antara perkataan yang berjaya dibina.

5 comments:

Anonymous said...

tahniah kpd biro RGV yg m'jayekan pgrm nie....
thniah gak pde para pmng...!!

Miza said...

Apa maksud ngepmel?

Anonymous said...

ngepmel = lempeng
lol :D

rosey jamal said...

hahahahaha terbaik gler...ak suker walu ak kalah...huhuhuh

myssmus said...

owh....thniah yea pd biro rgv.... korg mmg TERBAEK r!!!!!hik3