Alhamdulillah, pada 28/5/2015 iaitu pada Sabtu yang lalu,
program AKRAB(Academic Oriented Programme) telah berjaya diadakan. Program ini
ialah anjuran bersama biro PR dan pelajar part 4. Objektif program AKRAB ini dijalankan
ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 mengenai
Fakulti Farmasi,UiTM Puncak Alam di samping memberi motivasi kepada mereka untuk
belajar bersungguh-sungguh. Program ini telah diadakan di Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi (SBPI) Rawang.
Terima kasih diucapkan kepada Dr.Amlizan kerana sudi menjadi
tetamu kehormat dan juga Dr. Zolkapli selaku penasihat program. Tahniah
diucapkan kepada pengarah program, Izham Hasree,para MT, serta semua
fasilitator yang telah membantu menjayakan program.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak
dan akan diteruskan pada masa akan datang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada
semua yang telah terlibat dalam menjayakan program AKRAB ini.
National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015 merupakan acara tahunan bagi para pelajar fakulti farmasi di seluruh Malaysia yang dianjurankan oleh Malaysia Pharmacy Students Association (MyPSA). Acara ini dikendalikan oleh Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang selama 4 hari iaitu dari 29 Januari hingga 1 Februari 2015.Objektif utama acara ini adalah untuk mencungkil bakat para peserta dalam bidang sukan serta membuktikan bahawa para pelajar fakulti farmasi aktif dalam pelbagai bidang termasuklah sukan.
Kontijen dari UiTM telah menghantar sebanyak 90 atlet yang terdiri daripada pelajar farmasi sendiri, serta diiringi oleh Dr. Salfarina Ramli dan Puan Zafirah Liyana Abdullah.
Berikut merupakan keputusan bagi kontijen UiTM dalam NPSC 2015 baru-baru ini :
Bil.
Permainan
Keputusan
1.
Bola keranjang (L)
-
2.
Bola Jaring
-
3.
Bola tampar (L)
-
4.
Bola tampar (P)
Perak
5.
Ping pong (L)
-
6.
Ping pong (P)
-
7.
Squash (L)
Gangsa
8.
Squash (P)
Emas
9.
Balapan (L)
-100m
-400m
-4x100m
-4x 400m
Emas
Emas
Emas
Emas
10.
Balapan (P)
-100m
-400m
-4x100m
-4x 400m
-
11.
Tennis (L)
-
12.
Futsal (L)
Perak
13.
Futsal (P)
-
14.
Bola sepak
-
15.
Badminton (L)
Single
Double
-
-
16.
Badminton (P)
Single
Double
Perak
Perak
17.
Petanque (L)
Gangsa
18.
Petanque (P)
-
19.
SepakTakraw
-
20.
Permainan Traditional
Perak
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah melibatkan diri dalam National Pharmacy Sports Carnival (NPSC) 2015. Diharap pasukan UiTM dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang ini dan menjadi pasukan yang terbaik kelak. Semoga para pelajar Fakulti Farmasi terus aktif dalam pelbagai bidang termasuklah bidang sukan.
Pada tahun ini, UiTM Puncak Alam telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Kuiz Farmasi peringkat Nasional kali ke-6 anjuran MyPSA (6th MyPSA National Pharmacy Quiz). SOPHYS dengan kerjasama Kelab Santun Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah diberi tangungjawab untuk menggerakkan program ini.
Pertandingan kali ini ada sedikit perubahan berbanding pertandingan-pertandingan yang dijalankan sebelum ini, di mana kami telah memperkenalkan satu lagi pertandingan, iaitu Piala Aishah atau Competency Test . Piala ini telah disumbangkan oleh Dekan Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam,Prof. Dr. Aishah Adam .
Satu organisasi di bawah SOPHYS telah ditubuhkan untuk melancarkan program ini.Organisasi ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester 5, 3 dan 1 di bawah penasihat Encik Mohammed Abdul Hameed .
Program ini juga telah mendapat sponsor daripada beberapa pihak untuk menjayakan lagi program kali ini . Terima kasih kepada biro sponsor yang banyak membantu dalam mendapatkan bantuan dari segi kewangan dan barangan .
CCM juga telah memberi sebotol Vitamin C kepada para peserta dan AJK
Beberapa universiti seluruh Malaysia telah menghantar pasukan mereka untuk menyertai pertandingan ini .
CUCMS : 2 Pasukan
AIMST : 1 Pasukan
UKM : 2 Pasukan
UM : 2 Pasukan
MSU : 2 Pasukan
IIUM : 2 Pasukan
UiTM : 2 Pasukan
Jumaat , 7 November 2014
Para peserta juga pengiring setiap kumpulan telah mendaftarkan diri di Kolej Rafflesia UiTM Puncak Alam . Taklimat juga telah disampaikan kepada para peserta berkenaan atur cara pertandingan. Terima kasih kepada biro pendaftaran dan biro pengangkutan serta penginapan .
Fasilitator juga telah ditugaskan untuk mengiring setiap kumpulan sepanjang keberadaan mereka di sini. Terima kasih kepada fasilitator-fasilitator yang bertugas.
Biro Pendaftaran
Kuiz ini dijalankan mengikut format yang telah dirancang.6 subjek telah dipilih untuk dipertandingkan seperti Chemistry , Clinical Pharmacy, Pharmacology, Pharmacy Practice, Pharmacy Technology dan Physiology .
Sabtu, 8 November 2014
Preliminary 1 dan 2 untuk Piala Tariq , Competency Test Pusingan 1 (Piala Aishah) dan juga Majlis Perasmian telah dijalankan dengan jayanya . Puan Amlizan Ramli telah merasmikan program ini .
Preliminary 1
Taklimat untuk Juri
Preliminary 2
Majlis Pembukaan dan Perasmian
Sesi Fotografi
UM
AIMST
CUCMS
IIUM
UiTM
UKM
MSU
Competency Test Round 1
Selain itu , majlis makan malam yang disertai oleh para peserta, pensyarah dan AJK telah diadakan di Dewan Serbaguna atau dikenali sebagai PharmaMeet Night. Majlis ini diadakan agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama peserta, AJK dan pensyarah serta meraikan kesudian mereka menyertai pertandingan ini .
Terima kasih kepada biro PharmaMeet Night dan biro makanan .
King Of The Night
Queen Of The Night
Ahad, 9 November 2014
Semi Final
Grand Final Competency Test
Grand Finale
AIMST,UiTM,CUCMS,UM
Majlis Penutup
Bacaan Doa
Persembahan
Persembahan
Persembahan
Pemenang Piala Aishah : CUCMS
Tempat ke-4 Piala Tariq : UiTM
Tempat ke-3 Piala Tariq : AIMST
Tempat ke-2 Piala Tariq : CUCMS
Tempat Pertama Piala Tariq : UM
CUCMS
CUCMS
CUCMS
UM
U M
UM
UM
The Best Team: CUCMS
The Best Participant: Yeo Keh Hau from CUCMS
Piala Tariq: 1st place: UM 2nd place: CUCMS 3rd place: AIMST 4th place: UiTM
Piala Aishah: CUCMS
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program kali ini, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak . Diharap segala kesulitan dan kekurangan dapat dimaafkan dan diperbaiki untuk masa-masa akan datang.
Untuk pengetahuan , 7th National Pharmacy Quiz 2015 akan diadakan di CUCMS .